PENERAJU PRODUK LELAKI SEJATI

IDAMAN ISTERI DAN MEMHANGATKAN HUBUNGAN

Adab Tidur Cara Rasulullah

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa
Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah
syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang
yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia
akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 tak, Alhamdulillah 33 tak, Allahuakbar 33 tak.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk
menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik  pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak
tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk
dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum
tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan: Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.
Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak
menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya
Syaitan/Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan
Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa
membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan
besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi
jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika
kita bersetubuh dulu." –


KU SAMPAI
KAN WALAU
SEBARIS AYAT

KEPADA YANG BUAT BAYARAN TERIMA KHASIH...